Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah nan tak happening.

Last Sunday jiran aku buat majlis wedding adik dia kat Tampin. Since memang dah plan nak balik PD, aku decided nak attend wedding tu. Plan asalnya nak singgah umah abang aku kat Tampin tapi dia sekeluarga takde. So lepas wedding terus saje ke Melaka sebab dah memang dekat sangat.

Yang bestnya wedding kat Tampin ni...masakan ala kampung. Ada 2 version...version nasi minyak dengan ayam masak merah dan dalca. version ala kampung...daging salai masak lemak cili api campur pisang muda, ikan masin, kerabu toge, ulam ulaman termasuk daun tenggek burung, pegaga, timun dll, dan sambal belacan. Aku mulanya makan nasi minyak pastu rasa daging salainya sangat mantap meletops...pukul habis semua kedai kat KL yang aku pernah mention kat blog ni tak leh lawan kesedapan masak lemak kat wedding ni. Aku terus ambik nasi biasa...sikit je...pastu layan sambil senyum senyum puas hati. Anak jati Negeri Sembilan la katakan.

Teringat ingat.
Ni je gambar pasangan remaja kat wedding tu. Fid yang dari KL dok teringin nak makan bubur kacang...tercapai hajat kat wedding ni...sedap bubur kacang tu...berlemak dan tak manis sangat. Ada tapai jugak...tapi kureng. Lepas tu kami terus bertolak ke Melaka. Janji nak jumpa adik beradik aku kat Melaka nanti.
Kami sampai awal...shopping jajan dulu.

Oleh kerana jalan sangat jammed. Adik beradik aku lambat sampai...kami plan nak lepak minum. Panas terik masa tu. Pi jalan ke arah medan selera. Sempat posing kat museum kapal ni untuk kesekian kalinya.
Biler dah puas minum...adik beradik aku tak sampai sampai jugak...memasing dah keboringan...layan dslr. Korang kalau makan kenyang sangat...stop sini je...kang ada yang muntah kang tengok Fen Pitt buat aksi renungan 7 lapisan. Lariiiii.





EJ bergaya dengan topi RM10 hinggit dia tu. LOL.


2 comments:

Liz Duan said...

kah kah kah sungguh renungan 7 lapisan....tebiat sungguh , kau ingat sexy benor engkau buat renungan gitu kah..kah...kah...
Perut fid dah terserlah...take care

Ejin said...

Ntah nyer ..gambar perasan ansem le tuh! Malas akak!