Thursday, December 24, 2009

Trip to Hong Kong - Arrival

Kejam betul kak long, pagi buta dah sms suruh aku buat posting pasal HK. Aku tak sempat nak tengok tengok photo pun lagi. Ni je yang ada buat masa ni. Layannn.
Flight kol 6 pagi. Kol 3am dah kena ada kat LCCT. Lepas check in je terus ke Kopitiam. Early breakfast. Tak lalu sangat nak makan especially biler EJ dok excited nak makan dalam flight. Mummy excited nak ronggeng. Last last time dalam flight EJ dok bantai tido. Aku dengan Fid yang kena habiskan maggi dia.
The flight took almost 4 hours. Reached Hong Kong International Airport at 10 am. Terus posing posing sementara tunggu travel agent. Masa kat imigration lama kena beratur. Ramai orang.

Sementara nak naik bus, posing lagi.

Airport Hong Kong from outside. Besar, jauh nak menapak from Terminal 1 to Terminal 2.

Pergunungan kat Lantau Island. Masa ni nak ke Disneyland Resort untuk pick up orang.

Lalu juga kat tepi cable car Ngong Ping 360. Kami tak pergi tempat ni sebab tak cukup masa.

Masa masuk je kawasan Disneyland Resort hotel. Memasing dah excited dah. Padahal kitorang hari Selasa baru akan stay kat sini. Ej dah bising bising nak turun dah dia ingat nak check in.

Dapat ambik gambar dari dalam bus je.

Kat resort ni sume logo kepala mickey ni.

On the way yo Kowloon untuk check in ke Hotel Panda. Lalu kat jambatan yang panjang ni namanye Tsing Ma Bridge. Antara terpanjang di Asia kot. Tinggi betul jambatan ni. EJ dok tanya ada tak jambatan ni akan terbuka bila kapal nak lalu...dia ingat London Bridge kot.

Panjang kan.
Permandangan apartment bersusun susun. Susah nak jumpa rumah teres. Kita memang bertuah duduk kat Malaysia ni.

Ada satu lagi jambatan tapi tak tahu apa nama jambatan tu.

Tengok betapa tingginya jambatan tu. Kapal yang lalu kat bawahnya pun nampak cam kecik je.


Port.

Sampai je ke Hotel Panda sementara tunggu nak check in sibuk berposing dulu. Dah namanya pun Hotel Panda, bersepah la Panda di sini sana sinun. Ada gaya Hongky tak Ej dengan rambut blonde dia tu?

Kat Lobby.

Dah musim X'mas, merata decoration X'mas tree.

Kat Hong Kong ni ada banyak daun merah ni. Cantik. Deco X'mas tree pun panda sesaje.

Ada certain time Santa Claus akan duduk kat sini untuk bagi gift kat kanak kanak. Kami tak dapat pun nak tunggu time time tu.
Hotel Panda ni terletak di ulu banat jugak. Train MTR station yang terhampir ialah Tsuen Wan. Last station for Tsuen Wan line. 10-15 minute menapak dari hotel nak ke stesyen MTR ni. Hotelnya OK...3 star kot. Cuma location jauh dari pusat bandar. Nak ke Pusat Bandar walaupun cuma satu line (Tsuen Wan line) tapi more than 10 stops.
Kak Long, Nko nanti try cari hotel yang dekat dengan town la. Jimat travelling time. Sebab naik train nak menapak ke station, perjalanan train pastu from station ke hotel mahu makan 1 jam. Buang masa dan memenatkan. Tapi kalau dah budget packagekan...layannn.

3 comments:

Liz Duan said...

best nya....meriah...thanks for your tips...bagi byk lagi tips ok for our readers jugak..
by the way, mummy fid yg nampak macam honky celeb ...he..he...mana gambar mu ni?

Ejin said...

Nice!!! cantik ...aku nak gunakan some photos rumah tu for my classes nanti k ...

fendifid said...

Ejin...belasah je...guna.

Kak long...banyak lagi tips coming soon.