Monday, October 31, 2011

Smart Readers Concert & Grad 2011

Semalam selepas concert & graduation, aku bawak Fid ke Kopitiam SukiYang aka Hai Peng kat Dataran Jelatek. Masa tu tengahari and Fid kehausan. On the way to school untuk drop barang barang kami singgah minum dulu. Aku masa tu dah ketat perut...so takde la order Nasi Dagang Special. Fid orderd bun meletops yang Ejin denotes as apam tu.
We ordered kopi ais and ice lemon tea. Kopi tetap mantap.
Pepagi kat dalam bilik persalinan...cikgu cikgu sibuk make upkan student and pakaikan aksesories.
Pening tengok ramai ramai ni.
Antara parents yang sampai awal...diroang nak chop meja depan stage.
Hadie & family.
Aku kan pembantu PA system...so I set in the PA room.
Alia...anak Hadie...5 years old.
Cutekan.
synchronisation bagus.
The whole class.
The graduation kids this year. Lega semua sudah selesai.

Sunday, October 30, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad & Tun Siti Hasmah

Tadi masa ke Pavilion...lepas makan...time ronda ronda...(fid masa ni dengan ex teacher dia kat J Co)...masa dok nak cari kerusi untuk bibik bagi susu kat Zara...aku nampak orang dok bergambar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad & Tun Dr Siti Hasmah.

Ej tak perasan lagi masa tu sebab dok busy nak tolong bibik menyusukan Zara...aku tanya..."Misha...tengok tu"..."Nak tak bergambar?" Dia terus jerit...Nakkkkk. Aku pun terus pergi kat Tun and asked him...Tun...boleh bergambar dengan anak saya...Tun stop walking and terus berdiri untuk ready bergambar. I asked EJ to salam dulu. Then dapat la ambik gambar ni.

Seronok bangat Ej. Aku pun seronok gak...walaupun cuma bersalam aje.

Both Tun look so lovely and I was so honoured biler he put his hand on Ej's shoulder. Sungguh tak sangka.

I love both of them and doakan semoga both Tun sihat selalu and di panjangkan umur. I always feel Malaysia is lucky kerana Tun pernah jadi Perdana Menteri kita.

Masa tu pulak Handphone aku kehabisan battery...aku dah retard tak boleh nak whatApp kat adik beradik 30 smtg...tu yang sampai je kat umah terus load gambar ke FB and paksa semua orang tengok FB. kah kah kah. Sampai Ejin kata ipad kat tingkat atas pun aku suruh gi naik atas ambik Ipad. LOL.

Ej sungguh bertuah dapat bergambar dengan Mantan Perdana Menteri kita ni. She said...one of the best moment in her life. Syukur.

Saturday, October 29, 2011

Feeling Feeling London

Tengahari tadi lepas attended kenduri kat AU5, Fid secara adhoc janji dengan ex teacher dia untuk keluar makan kat KLCC. Sebab memasing baru lepas lunch, plan nak lepak minum minum je la...as appreciation sebab walaupun dia dah resign, she came all the way from Kedah untuk tolong Fid handle concert and graduation esok. Pastu elok je baru sampai KLCC baru nak fikir fikir mana nak lepak minum, she received call from her uncle kata uncle dia tunggu somewhere to pass her important stuff. Makanya tak jadi la lepak minum.

Ej macam biasa nyanyi nak aunties anne...layannn dulu...pastu Fid pulak dapat beli jacket kat kedai baru jepun punya product nama Uniqlo untuk pakai isnin nanti.

Lepas tu masuk vinci dengan Isetan cari sandal...tapi decided tak nak beli. Masa tu dah kol 3 something and Fid kena ke school kol 5 untuk ambik barang pastu hantar ke hotel for tomorrow event. Since memasing dahaga, decided nak pi lepak minum kat coffee bean aje. On the way ke coffee bean lalu kat Harrods KLCC...pastu teringat kawan aku ada kata kat situ ada hi tea set English style. Aku tanya Fid nak try kat situ tak...dia kata ok...so we went in.
The milieu sangat la menarik. We ordered Hi tea set. Ej ordered hot chocolate.
Both excited sebab tempat cun bangat.
Lepas ordered Zara bangun...tapi dia tak nangis...Ej pangku dia.
Zara feeling feeling jadi Koala Bear. Apakah?
Zara di pangku Fid pulak.
Cuba cari our honorable vip guest.
My happy family.
Bekas gula and jem yang da'bomb.
Feeling feeling kat London. Apakah?
Food so so je...tapi tea nya sungguh mantap. Aku nak beli buat stok tapi Fid ingatkan aku kopi hai peng ada sebungkus lagi tak berusik langsung. Terus tak jadi nak beli. Peminat tea, aku suggest beli daun tea kat sini...berbaloi baloi. Aroma dan rasanya sungguh lain dan enak bangat.

Friday, October 28, 2011

Feeling feeling Kuantan

Tadi lepas EJ finished her guitar class I took her to Tutti Frutti...memang dah lama dia dok nyanyi nak ice cream yogurt ni. Mahal ya amat. Rasa Ok la..boleh la layan. Ej kan fav dia ice cream....sedap aje la pada dia.
Ada tv besar dok pasang video klips...layannnn.
Sebab sejuk pastu makan ice cream orang lain suka duduk kat luar. Ej je sibuk nak duduk kat sofa ni. Sebab nak ambik gambar punya pasal...and takde orang lain...aku ok kan aje.

Lepas tu ingat nak ke Barbarillos...try makan kat situ sekali masa lalu cam tak sesuai nak dinner bawak EJ kat situ...kami lalu aje...pastu memasing dok fikir nak makan kat mana. Sekali aku suggest tempat ni...sumer ok aje...ikut boss. Jom layannn.


Punya la lama restoran Amy Search ni di buka...selalu aku lalu aje...tak masuk pun. Hari ni tergerak lak hati nak try.
Ej dah dinner kat umah...sebab itu syarat kalau nak ke tutti Frutti.
Sudah makin berisi...tapi tetap hensem kan kan kan. Lariiii.
Haaaaaa...tu dia signature dish kat sini yang famous tu. Masa ni la aku post kat FB "feeling feeling Kuantan". Fid lak masa sedap layan ketam ni...dok kata...teringat kat Ejin...bersungguh dia makan ketam hari tu. Apakah?
Dua beranak ni tak pandang yang lain dah...kusyuk makan ketam aje. Sedap bangat. Isi pun banyak ketam ni. Ej kan main happy lagi...sebab dia ingat nak makan ketam telur asin kena gi Kuantan baru boleh makan. Biler tahu kat sini ada...dia kata boleh la datang selalu...pengsan aku dengar.
Taraaaaa....sedap meletopss... kenapa la dari dulu aku tak try makan kat sini? ish ish ish
Lala masak kam heong.
Sizling tofu.

Ok la makan kat sini...sedap. Boleh repeat di lain kali. Jom jom jom. Sape nak ikut?

gambar tak lengkap ....

Tadi Liz whatsapp kata gambar "best buddies" kat blog rainbow aku tu tak lengkap sebab takde gambar Duan ...hehehehe duan kan sibuk tahap dewa masa aku gi kenduri ari tu, so memang takde tangkap gambar beramai2 ngan duan pun ...and yang ada muka duan pun tak best sebab fendu tangkap gambar tah apa2 ....so, to answer Liz punya soalan ...aku tepek gambar ini ...best buddies zaman dulu dulu ....

Duan - sebelum rambut beruban hehehehe

Gambar once upon a time kat Cardiff ...masa pergi nie, si Fendu takde pulak ....always tak complete tau ..masa gi Newcastle, si Ita takde ...masa ke Liverpool, aku plak yang tak ada ......so faham2 jer lah ...tak pernah lengkap ...kecuali yang ini jeng jeng jeng .....

 once upon a time zaman dinosour kat PD: ita pulak takde!

jadi aku nak ingat kan semua org, next time jumpa ramai ramai  WE MUST TAKE A PHOTO SAMA SAMA MASA SEMUA ORANG ADA NANTI .....

Tapi nak selit gak gambar aku ngan liz yang nie ...satu2 nya yang ada kat PC ...the rest ada kat lappy :-)

 zama muda remaja hahahahahaha

New fave spot in Kuantan

It is Black Canyon Coffee restaurant...no, it is not new in town, has been there since ECM opened a couple of years back....and we tried it the first time very long time ago...but it failed us during that very first visit....so once bitten twice shy lah kak....


I cant really recall what we had during our very first visit..perhaps something from the western choices...well, the name is Black Canyon...we must have missed the Coffee that came after that..
One fine day recently , last month or maybe early this month, we had lunch there after tremendous attempts from Duan to bring us there. He assured us that the place is not bad at all, as he have had a few visits with his colleagues or friends. So we did that one fine day....and yes, the place is ok...sedap!
Then we had our second visit on Deepavali day and had these .


My favourite...kuey teow ladna...nama biasanya lah...kat BCC it is called flat noodles with gravy ke something lah...tengok gambar lah kat menu tu senang cite. Ni Duan's favourite....dia mmg suka sgt kerabu so-on...


Prawn tomyam....suka jugekkkk....sedap cangat...hingga menjilat kuku jari


fettucuni entah apa ekk???? tak berapa nak sedap lah ni


Salmon salad



The Thai cuisine is awesome here...










Manalah nak tahu Black Canyon tu relates to Thailand , kan? Nama kedai dah ala ala pandang ke barat gaya Fend..........

Thursday, October 27, 2011

Lama tak Meronggeng.

Lamanya tak meronggeng dengan Nuarlin...memasing kebz-an. Since cuti Deepavali...kami roger roger untuk keluar...anak anak pun dah bising lama tak jumpa each other. Masalah negaranya masa dok fikir nak meronggeng ke mana. Dok nak pi Bukit Tinggi...cam boring tempat tu. Kalau ke Genting...sah sah Jammed. Pastu tak plan dari awal...susah nak naik ke sana.

Aku ada ternampak kat Bangsar Village ada macam taman permainan indoor...pastu dok ingat boleh la EJ, Aqif and Afiq ke sana main kat situ...kisahnya tempat tu sesuai untuk yang umur 5-6 tahun camtu la. Ej dengan Aqif mati kutu je nanti sebab nak panjat gelongsor pun tak muat.
Singgah makan kat Bangsar Shopping Centre...Chillies ramai orang malas nak buang masa beratur...kami ke food court yang aku selalu gi lunch tu. Kat sini concept guna kad passport...biler nak exit baru bayar apa yang di charge kat kad passport tu...Aqif dok buat remark..."makan kat sini free ke?" sebab tak nampak Abah dengan Ibu dia bayar makanan. LOL.
Suka bangat dapat berjumpa.
Lepas tak jadi nak masuk ke tempat games tu...window shopping aje kat Bangsar Village tu. Nampak Aunties Anne...beli pastu lepak makan kat kerusi panjang.
Nampak Macaroon kat cafe 42...beli 5 ketul perisa lain lain...sedap gak la...tapi aku still suka lagi yang kat Little white cafe bangi tu.
Kotak letak macaroon ni...meletops. Macam kotak perfurm.
Zara syok aje tidur biler orang tolak dia.
Biler nampak deco cun je...Fid dengan Lin mesti berhenti posing.
Lepas dah cover both shopping compleks tu...kami ke Delicous...Lin ada hajat yang lama tak tertunai lagi.
Tak lapar sangat...so lepak layan coffee and dessert aje.
Lemon Meringue pie, pavlova & Velvet cake idaman kalbu Lin.
Senyum besar Lin dapat makan velvet cake yang dia dok ngidam dah lama tu.
Tripple bruchettas. Rumput tu sedap tau.
Tripple dip...sedap sedap dip nya tu. Makan dengan Pita bread. Ada order fish & chips dan cabonara jugak...tapi aku takde snap photo nya. Lepak lepak santai sambil layan desset and latte...memang mendamaikan. Nanti boleh plan meronggeng kat KerjaDaging pulak.

Biler the kids makin besar ni kan...cam buntu tak tahu mana nak bawak diorang meronggeng. Sebab tak banyak pilihan dah biler diorang dah makin besar ni.