Monday, January 9, 2012

Kampungku London - Kepuasan terserlah.

 Hari ni semangat berkobar kobar...konon momentum semalam ada lagi kan. Nak shopping shopping dan sight seeing. Pagi pagi lagi dah keluar rumah. Plan yang terbaek punya la konon....Tapi kan...tak berjalan lancar seperti yang di harapkan. Takpe la...aku redha. Ha ha ha.
 Dari Apartment...jalan ke arah kiri dalam 5 minutes...sampai la kat bangunan yang famous ni. Kalau for orang London ni macam theatre hall biasa je kot. Tak pasti. Tapi katanya susah nak dapat peluang for an artist untuk perform kat sini. So far Malaysian yang pernah perform kat sini ialah Sudirman dan Siti Nurhaliza aje. Masa kol 5 malam lalu kat area ni jalan jammed sebab orang baru keluar lepas tengok concert kot.
 Pintu depan.
 Lepas tu kami naik bas terus ke Kensington Castle. Tapi tak boleh masuk...berposing kat depan pun tak boleh. Ni small town kat Kensington Gate. Lepas tu kami ke Queensway untuk ke Greggs. Trauma aku dengan Greggs ni sebab sampai je kat situ...close. Tak buka on Sunday. Terus la kami ke Malaysian Hall makan nasi lemak (Ada orang drivekan...so tak kan nak demand nak gi sini ke sana ke kan.... courtesy mesti pelihara). Yang penting..kenyang.
 Lepas tu naik tube terus ke Marble arch...and here we are...kat Oxford Street. Konon nak gi sight seeing dulu baru gi Shopping tapi plan terpaksa di tukar sebab on Sunday kedai open max for 6 hours. Konon nak shopping sakan la kan...hausss.  Kat sini aku sebenarnya kesejukan sebab tak cukup tebal baju yang aku pakai...so tak tentu arah nak shopping mana pun cam tak enjoy. Siap g Boots beli vicks nak panas kan badan. Pastu beli baju terus pakai kasi tebal sikit. Apa yang aku cari semua tak jumpa. Frustrated aje. ha ha ha. Actually cari pun cam tak sungguh sungguh sebab kesejukan melampau.
 We walked sampai ke Marble Arch.See...aku lenggang kangkung takde bag shopping. Trauma kan. Ha ha ha. Kat Marble Arch ni banyak tourist pastu ada a group of elderly ni dok jinjit shopping bags Harrods. Double trauma aku.  Lepas rehat rehat jap kat sini kami ke Edgware Road terus cari kedai makan kebab. Tapi Kebabnya tak berapa menarik.
 Lepas dah makan...member aku cam enjoy je suasana restoran tu...tapi aku yang nak cepat cepat blah.. Sebab nak naik tube ke Tower Hill...from Marble arch naik tube ke Bank and tukar untuk ke Tower Hill. Menapak jauh masa nak tukar tube. Turun naik escalator yang tinggi tu. Tak koser aku nak ambik gambar masa tu sebab camera dalam jacket. Better sesapa nak datang sini naik Bas from Trafalgar Square...bus no 15.
 Berlatar belakang kan Tower of London. Aku kalau ke tempat tempat camni...takat berposing dari luar je la. Tak minat nak masuk pun. Macam museum museum free entrance pun aku lalu bagi salam je. Ha ha ha.
 Peace Yo! Sampai dah ke Tower of London. Seronok perasaan masa ni. Masa ni kalau ada family aku bersama...tak tergambar perasaan tu kan kan kan. Kalau korang ada kat sini sah sah la...2 jam kita posing kat setiap inci bridge ni. Apakah? Sila la muntah.
 Posing sampai lebam. Ha ha ha. Masa ni baru kol 3 petang camtu...tapi dah senja la kiranya.
 Tower of London lagi.
 Lagi
 Tukar balik posing kat Tower Bridge. Pengsan photographer nak melayan. ha ha ha. Sebenarnya kan...dulu aku ke sini cam takde gambar sangat kot sebab masa tu kan guna negative pastu kena cuci bagai tu. Pastu bukannya datang sini dengan korang. Aku terjoin orang lain kot. Sekarang balas dendam berposing sakan walaupun korang takde.

Mulanya ingat nak ambik tube untuk ke Leceister Square sebab nak ke China town...sekali masa jalan jalan jumpa bus stop. Aku suggest kat member naik bus aje sebab aku dah malas nak jalan...ha ha ha. Pastu nampak kat map Trafalgar Square tu dekat je dengan Leceister Square tu...terus kami turun kat Trafalgar Square aje (bus no 15).
 Nampak tak camne susah payahnya nak memanjat Singa tu. Ha ha ha. Sexy tak buntut. Ha ha ha.
 Posing kat Singa ni kan wajib. Yang berbezanya kali ni tak banyak sangat aku nampak merpati. Tapi orang ramai la dok posing posing. Kepuasan terserlah di wajah.
 Penuh dengan orang sesaje.
 Singa lagi
 Dan inilah penamat...happy sangat sebab berjaya naik kat batu tinggi tu. Susah ok...sebab bukan tahun umur aje bertambah 15. Berat badan pun bertambah 15 jugak...ha ha ha. Dulu masa posing kat sini body slim melidi. Sekarang slim jugak...kan. Like I said kat FB...aku dah sampaikan salam korang kat Singa ni. Singa tu pesan...cepat cepat la datang melawat dia...rindu bangat dengan korang katanya.

 Lepas tu kami menapak ke Leceister Square sebab nak ke China Town. Nampak building cantik ni...terus posing.
Dulu aku ke sini lewat malam. So tak nampak apa sangat. Actually from Tragalgar Square nak ke sini melalui kawasan  yang  cun cun sebab suasana sungguh meriah. Kat area Covent garden tu best sebenarnya kalau nak look see look see.
Aku tak ingat la nama tempat yang happening tu yang dekat dengan covent garden tu...Masa lalu kat situ teringat London Court kat Perth...concept sejibik...tapi banyak kedai makan yang cozy cozy...and kedai kedai kalau nak shopping pun banyak. Aku tak masuk sebab nak cepat balik...dah penat sangat banyak berjalan. Perut pun lapar.

Dari China Town lepas member aku tapau nasi itik...kami ke Picadilly...untuk ambik bas balik ke apartment. Member aku terus balik ke apartment tapi aku terus ke Queensway sebab ada urusan yang belum selesai.

Sedap melampau terlampau lampau.
Tu dia..sanggup aku ke Queensway untuk ke Taza Kebab sebab nak beli Kebab yang sangat sangat famous ni. Kena beratur tu masa nak beli kebab. Yang specialnya kebab ni selain dari rasa kebabnya yang sedap...dengan pitta bread yang lazat menyengat...ada salad and cili jeruk...free aje. Aku tengok Mat salleh ambik cili tu macam nasi..penuh pinggan. Untuk yang tapau...boleh mintak container tu untuk bungkus sendiri berapa banyak nak. Ada 3 sos...2 putih dan 1 merah...campur sekali kat salad tu...Nallarekek.

Esok dah mula kerja. So takde la posting menanah mata korang. Ha ha ha. Sebab aku tak rasa aku ada masa nak jalan jalan sangat. Habis habis pun aku posting la nanti gambar kebab kebab dan kebab sampai korang stress.

7 comments:

Liz Duan said...

fendi mmg terpanah hati aku....tot aku tak kisah sgt tapi mmg sayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......................kebab tu waduhhhhhhhhhhhhh tengok pun tahu sedap melampau waahahhahhaha

Eat said...

Hello Liz, Aku wujud lagi wokey!! LOL!

Fend, bestnya, kenapa mcm tak ramai sgt orang? Ke org semua bagi laluan kat Orang Kampung London?

fendifid said...

orang ramai...tapi masa nak posing kena cepat dan tangkas...kalau tak penuh bontot orang je dalam gambar

Ejin said...

aku terharu dengar ngko sanggup panjat singa tu ...mesti siksa LOL ...badan dah berat kan ...hahahah

tahap kejelesan aku tak terkata nie

Liz Duan said...

aku mula ingat fend tebiat cium kaki ”aslan".....

fendifid said...

Aku takde kerja melewati kembali kenangan balik kampung...sebab ada ura ura balik kampung part 2. Apakah? untung sabut timbul...untung batu tenggelam...sila la menjeles. kah kah kah.

Ejin said...

aku piang kan budak nie kang ....jeles aku tau ...greggs oooo greggs