Tuesday, August 17, 2010

Gigih berusaha

Tadi balik from work, Fid kata dia dah beli food from bazar ramadan. Since semalam dah masak, hari ni beli saje from Bazar Ramadan. Punya la susah sebab tak tahu nak beli apa kata Fid. Aku pulak selepas first attempt yang gagal sebelum ni gigih berusaha singgah bazar ramadan sekali lagi untuk mencari keh keria idaman kalbu. Rezeki rezeki...hari ni mak cik tu ada berniaga...terus beli Rm2. Sedap...lembut and terasa keledeknya. Cuma bila gula tu banyak sangat aku buang dulu sebab gigi tak tahan nak gigit gula. Aku beli kueh cara berlauk jugak. Maka gitu je plain tapi sib baik ada sambal...boleh la layan.
Kueh Keria yang superb.
EJ pulak nak maka otak otak lagi...sebab hari tu makan sedap...tu yang dia mintak mummy dia beli lagi.

Fid and EJ makan nasi lemak tapi untuk aku dia belikan nasi kerabu ni. Solok lada tu sangat sangat sedap. Entah cili apa warna hijau muda tu tapi rasanya sedap sangat. Nasi kerabunya so so je.
Lepas dah buka puasa, lepak jap tengok TV...Fruit time kata Ej. Tadi Fid and Ej went to Jusco and they bought buah ceri and blueberries ni. Ceri tu sedap...tapi blueberries tu biasa biasa je. Yang besar manis...yang kecik kecik masam. I prefered ceri tu.
Ada jugak beli tepung pelita...tapi takde snap photo...aku suka biar sejuk dalam fridge pastu baru makan. Semalam aku beli kat tapak pasar malam AU3...memang terbaek...yang hari ni beli kat Bazar Ramadan AU2...kureng sikit. Ok..tu je cerita pasal makan lagi.



4 comments:

Liz Duan said...

sukanya ceri...kat sini payah dapat ada kat giant tapi macam teruk sgt rupe nya...

Liz Duan said...

sedap nya nasi kerabu...my favourite...lada tu lada hijau jeruk lah weeiiii

fendifid said...

sedapnya lada tu...bukan cili hijau biasa tu kan...ada another type yang kalau pi jusco..besar besar lada tu. memang rasa terbaek.

ini la untungnya duduk belakang jusco...fruits endless..macam macam adaaa...durian pun terbaek punya quality

Ejin said...

aku belum dapat lagi makan kerabu ...tak berkesempatan pi pasar ramadhan ..kalau pi plak, tak terjumpa org yang jual! pas nie aku nak gigih cari nasi kerabu ...but aku tak suka solok lada tu ...