Friday, August 28, 2009

Buka Kedai Tutup Kedai

Hari ni Abang Ngah cuti lagi. Saje ambik cuti sempena cuti sekolah ni. Plan nak ke Jalan TAR shopping apa yang patut. Bersemangat memasing tolong buka Sogo pastu tolong tutup Isetan lak. Sale 1Malaysia. Tapi rasa macam kat Bandung lak sebab keluar masuk kedai je.

Kat Sogo Bonia ada buat happy hours. From 12pm-2pm...harga discount. EJ dok jadi PA mummy dia kesana sini dok carikan kasut kasut yang cantik pastu suakan kat mummy dia. Memang ada bakat shopping semula jadi ikut auntie dia yang kat Kuantan tu. Dah Ejin pun kata kaki diorang sebayakan. he he he.

Biler tengok Ej dok ke hulu kehilir risau lak dia hilang dalam orang ramai dok berlaga laga biler nak jalan tu. Kejap kejap jerit panggil nama dia pastu dia datang bawak kasut suruh mummy dia try. Mummy dia macam orang mengantuk di sorong bantal. Ikut je perintah anak dia. Pastu Ej siap gelak kan aku ha ha ha "daddy kena bayar banyak kasut untuk mummy", katanya.

Kesian punya pasal aku carikan kasut satu untuk EJ. La ni kalau nak cari kasut untuk dia kena pergi tempat adult sebab bahagian kanak kanak takde size untuk dia. Sabar je lah. Memang betul apa Ejin cakap tu. Lariiiii.
Ni muka senoneng sebab dia dah kepenatan jadi PA. Dok sibuk kata lapar lapar. Masa ni dok tunggu sale assistant tu ambik kan kasut untuk EJ. Mintak size 5, di ambiknya size 4. Pastu try saiz 5 kecik jugak...tu yang kena tunggu lagi diorang ambik size 6. Yes...budak kecik ni pakai size 6. Sabar je la. Siap dia happy kata..."yeah...boleh share kasut dengan mummy". Fid dengar je terkezut...dalam hati kata Habis lah kasut aku.

Penat punya pasal. Suruh senyum pun tak larat. Tapi yang sorang lagi tu mahunya tak senyum. Dapat shopping la katakan. Teringat kedai Donatello kat Bandung katanya.



Ini lah kasut EJ yang dok lama kami tunggu diorang pi ambik tu. Sebenarnya Ej minat kasut mummy dia tapi tak muat...try yang ni baru muat.

Lepas bayo pi tingkat 7 chop parking tiket pastu ambik paper beg dgn ang pau packet.


Dapat hadiah cap polo. Melaram terus.

Pastu baru perasan kat tingkat 7 ada day care untuk kids. Ej dok nyanyi kata nak masuk. Kami lak memang plan nak ke Ariani dgn Jln TAR. Terus approve bagi Ej masuk sini. Kalau tak kang bising dia dok nyanyi penat berjalan kat Jln TAR ru. Charge nya sejam Rm5. Tapi Sogo member dapat 1st hour free. EJ lepak 3 jam kat sini sementara kami dok ronda ronda kat Jalan TAR.

Seronok katanya. Ada TV, books and friends.

Lepas fetch Ej from Day care centre tu terus pi carikan dia baju kurung. Kat Jalan TAR tak jumpa yang berkenan. Sib baik dapat kat SOGO ni. Ni masa dok tunggu EJ try kat fitting room. Dia nak buat sendiri katanya. Tak nak mummy dia tolong.

Cantikkan baju ni tapi kecik lak. Takde size...so we bought her baju kurung ada sulam.


Dok frust sebab nak jugak baju ni walaupun kata takde size.

Pi cari baju kasual lak.

Best la shopping kat sogo ni. Macam macam ada. Mulanya ingat nak balik umah terus pastu singgah kat Bazar Ramadan. Tapi hujan lebat. Sah sah tak syok nak berjalan kat Bazar dalam hujan. So we decided tu berbuka kat KLCC food court. Pastu sambung lak shopping kat Isetan sampai waktu Isetan tutup. Again EJ dok jadi PA mummy dia pi carikan baju suakan kan mummy dia dok suruh try. Kelakar gak biler tgk baju yang dia bawak besar gedabak. Cam perli mummy dia je. Lariiiii. Puas hati EJ dgn Mummy dia dapat shopping. Tak yah pi Bandung susah susah je. Selamat duit Abang Ngah nak bayar tiket plan, hotel bagai. he he he

3 comments:

Mard said...

1. kasut dia ni, size 6 adult punye ke? besar tu... aku pun pakai 6 & 7 (tgk jenama)

2. tu gambo pusat sape lak ko snap tu? hehehe... ej pun macam terkejut je tgk

Liz Duan said...

ye lah dah sama size kaki aku jugak....boleh pinjam lah kasut misha tu cantik...aku rase mommy yg melaram kang....

kite pun perasan jugak perut tu...tak perut fend perut fid lah ...:)

fido said...

yup... nampak 'cam' perut aku... 10years ago lah!!!