Monday, August 31, 2009

Lontong lagi.

Satanem.

Selepas aku torak pasal kesedapan Lontong kat PJ tu. Semua pun terus terliur nak makan lontong jugak. Tambahan biler puasa ni kan. Lagi la tak sabar di buatnya nak ngap ngap lontong tu.

Walaupun kena kopek kelapa, pastu mesin lak kelapa tu, blender untuk dapatkan santan. Sume cari jalan pintas je. Yang penting Lontong tu jadi.



Biler aku cakap kat PJ tu makan dengan Sambal Sotong dan Paru. Gigih pi Bazar Ramadan cari sambal Sotong dengan Paru jugak. Suka sume biler dapat melepaskan hajat anak tekak memasing. Tapi kalau nak sedap lagi buat serunding kelapa. Kan Pi Pasar time pasar nak tutup tu yang kelapa parut takde terlupa terus nak buat seruding kelapa.

Paru ni sebenarnya masak sambal. Fid goreng balik dengan minyak untuk garingkan. Kalau lembik EJ tak suka. Aku pun tak pasti sejak bila EJ suka makan paru ni. Rasanya sejak balik dari Bandung esp biler tengok mama ejin dia makan "teeeeeettttt" dengan rakusnya masa kat Bandung tu. Lariiiiii

Pasar Port Dickson

Last weekend balik PD. Masa lepak lepak memasing dok fikir nak masak apa. Sume cam takde Idea. At last aku cakap masak lontong je. Sebab tekak ni masih terasa rasa lontong sedap kat PJ Seksyen 14 tu.

Pastu Fid and I terus bersiap nak ke Pekan PD beli barang barang. We went to supermarket Billion. Ambik few stuff pastu letak balik sebab que panjang pastu barang barang tak complete. Ada barang yang diperlukan kami tak jumpa kat Billion tu. Terus ke Pasaraya The Store pulak. Almost all stuff ada except santan je takde. Ada Santan kotak but fid and my sister cakap tak sedap kalau guna santan kotak.

I drove to PD Market lak to buy Santan. Yang lawak tu sampai kat market 3.30pm. Pastu most of the seller dah tutup kedai. Kedai Santan sume dah tutup. Tinggal few kedai sayur je tengah kemas kemas nak tutup. Called my sister tanya kat mana lagi kat PD ni ada jual santan. My eldest sister yang masa tu ada kat umah my m0m cakap ambik je kelapa kat umah dia. Bila balik tengok tengok kelapa tu dengan berkulit lagi. Ahhhh malasnya nak kopek kelapa. Nak buek camne kan. Orang pi pasar pagi pagi. Ni kol 3.30 ptg baru nak pi pasar. Sebab tu kat KL aku prefer pi Jusco. Apakah???




p/s - Ada orang tu melaram kasut baru pi Pasar. Dengan lecaknya lagi. Macam main tenteng dia berjalan cari kawasan kering. lawak lawak.

Karipap Giant

Cuti merdeka ni sempat kami singgah Kuantan beli Karipap Giant ni. Satanem sesangat. Sebesar tapak tangan. Walaupun RM1.80 sebiji tapi sangat berbaloi dan sedap sangat rasanya. Dulu kak long pernah beli karipap giant tapi kat town.Bukan kat tepi pantai ni. Adik beradik kalau singgah Kuantan ke rumah Kak Long jangan lupa demand karipap Giant ni.

Sunday, August 30, 2009

Ambang 52tahun kemerdekaan

Perhaps one of the best eve of the national day, as Siti-SATU is broadcasted on Astro...e..he..talking about being patriotic huh..I am actually watching while writing this post. Siti is one of my favourites...on second thought maybe the only malaysian female singer....dulu dulu ade lah like Gee LAtif, Aishah...itu aje kut...

So happened , theme of the concert "SATU" is the same as our national day slogan for this 2009 i.e. Satu Malaysia. For Siti , SATU is about gathering multiracial people from all over Malaysia under one roof enjoying her music...as far as i understand the concept of SATU Malaysia is the same ...to having everyone in this land to hold hand together, accepting our differences and move forward into the future...somehow as we passed the milennium, things are seen to be getting more complicated especially to uphold the unity ...people are asking for more from all ends...sometimes i wonder if people actually bersyukur for this life loaned to us.

We'll pass another year of merdeka...my hope is Malaysia will continue to grow economically and spiritually...Our multiracial citiizens able to respect each other, continue to share, accepting our differences, cherish our similarities...and live togetehr in harmony....Life is short, just dont get too complicated......

Opps the show is ending...nice show...baju ajer complicated nya lah....kalau Celine Dion tak di pakai nya baju entah macam macam tu....Siti is just adorable though...but i just want to make a statement, I am still the self elected pengerusi of The First Wives Club ok....my minat tak termasuk her private life with you know who lah.....anyway ...dont waste your energy cursing her or what not ...dont get complicated, dah jodoh nak buat cam ne...

SALAM MERDEKA EVERYBODY>>>>>>>>

Saturday, August 29, 2009

Mungkin kah...????

nie merujuk kepada posting fendi yang sebelum nie ...dia bagi hint katanya dalam gambar yang dilukis oleh misha ingatkan dia kat something...aku tak tau apa dia hint kan, cuma aku tau dia bagi hint kat aku le tu coz asyik sebut Sarawak je ...tapi mungkinkah dia refer kepada yang ini ....???? mungkin kah??????


kura-kura yang mak aku bela???? sebab dalam gambar tu kan ada gambar kura2 ...

or kalau yang tadi tu kecik ....mungkin dia refer kepada kura2 nie....lagi gedabak!


Dari aku yang buat2 blur kah kah kah

Ingat siapa?

Cantik tak the latest art from EJ ni? Aku takde bahan nak buat posting...jap lagi nak balik PD sampai Isnin...so korang layan je la entries yang dah di buat plus fid pun ada buat beberapa entries kat blog fido tu. Selasa nanti baru aku buat posting baru kalau ada bahan.

tapi korang agak agak...apa kaitan arts ni dengan Sarawak? cuba teka...apa kat sarawak yang jadi sumber ilham EJ masa buat arts ni? cuba teka.

Buah nangka

Adik-beradik sekalian ingat lagi tak emel aku a few weeks ago ..pasal buah nangka jatuh tergolek ...hehehe ini lah penyebab nya!!!!


Lubang nie boleh ada depan mata ...tapi aku tak nampak! masa tu on the way to class ..dengan penuh ayu and control aku jalan ke sama, sekali terpeleot sebab heels got cought up kat lubang nie ...huhhuhuuhuu maluuuuuuuuu tak terhingga ...sib baik takde students yang nampak. Just one technician aje yang nampak aku jatuh .....

then, last weds bila aku on the way to my PG Dip exam, again masa dok control ayu berjalan...terdengar bunyi something "crack" tiba2...rupanya heel kasut aku patuh ...bolehhhh???? tak pernah2 terjadi ...then baru realise kasut tu jugak yang aku pakai masa jadi nangka ari tu ....kasut dah dibuang baru teringat yang aku tak ambik gambar lagi hehehe

so, time to get a new pair ..heheheh tak nak kalah ngan Fid! tapi aku setakat nak 2 pairs je .....tapi sebab busy, sampai la nie tak pi lagi kat shopping complex ....tu yang jeles biler dengar ada family tu ada shopping marathon!!!!!

Grrrrr.

Inconsiderate? Selfish? Thoughtless? Pilih la mana korang suka to describe about these bunch of obtuse people. When we were breaking fast at KLCC kat food court tu ramai giler orang kan nak berbuka or makan for those yang tak puasa.
Ramai yang tak dapat tempat duduk tapi ada these people ni yang dok syok main board games kat situ. Geram je Abang Ngah tengok. Takde umah ke nak main games ni? Kalau time non peak takpe la kan. Ni orang sume sibuk nak berbuka pastu takde tempat duduk sebab korang korang ni conquer pastu dok main games. Grrrrr

SEPI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Speedometer rosak!


Last sunday, masa aku kuar ke pasar ramadan with my dad, i notice that my speedometer indicated aku going pada kelajuan between 20-40 km/j ...which is mustahil coz masa tu aku siap overtake lorry lagi ...then masa balik plak mula2 it show kelajuan between o-20 km/j ...and dah dekat sampai rumah terus 0 km/j aje ...sah2 le rosak. pernah happen before sebab tu aku tak panik....call Philip, kawan my cousin yang dulu mmg mechanic tapi now kerja kat one of these jabatan kerajaan le...and as expected, cable utk speedometer rosak...

Philip ask my dad to buy spare part (cost rm23 je) and he will fix is on monday ...but so happen, mon tu philip demam, then on tues plak dia ada hal jumpa his father -in-law, rabu plak aku busy yang amat (balik opis kol 7 mlm) ...finally dibaiki last thursday hehehehe...pada masa yang sama i have been driving kereta aku tu jugak, just not knowing berapa kelajuan aku ...seriau le jugak coz knowing aku bawak keta yang tak in perfect condition .....thank god it is fixed now.

Lain dari yang lain.

Semalam on the way from Office, EJ called me. Pastu aku buat buat cakap tak berbuka kat umah tapi berbuka kat kedai. Dia dah merajuk dah sibuk gak suruh aku balik berbuka kat umah. Aku tanya kenapa dia cakap surprise.

Pastu biler sampai je kat umah, senyum lebar dia jerit kat mummy kata aku dah balik. Fid masa tu tengah berperang kat dapur. Kisahnya 2 beranak ni masak lain dari yang lain this time. No rice.
Ej dok gigih prepare salad.
Suruh senyum dia buat memek muka lak.

Taraaaa. Ni lah persembahan berbuka semalam.

Salad and cheese. Wajib kena ada cheese. Nak jaga badan.

Chiken chop and Udang goreng tepung.



Strawberry. Ada lori bawa strawberry terbalik ke? aku tanya sebab banyak. Kat dalam fridge ada lagi this much.

Strawberry and Vanetta Ice cream.

Yang tak di mentioned tu terung goreng dengan tepung. Satanem. Logic la aku gantung kuali sekarang ni. He he he. Kat Kuantan tu biler nak switch chefnya? Lariiii.


Suka la tu dapat makan ice cream and strawberry yang memang favourite dia. Masa ni mesti dia berangan dia Siti Nurhaliza.








Friday, August 28, 2009

Our first breaking of fast outside

We had it at "Kampung" of Hyatt.....it is sort of muhibbah 1Malaysia kind of buffet - I always have that merdeka spirit in me, kan???---sort of jugak..he..he..he..anyway...they serve malay, chinese, indian and western...segala macam lah...
I dont have the guts like mr fend to take pictures of the food....malu sehhh...thus i ended up with these few pics from my hidden camera.....
Duan yg dah over-eat..cam menyesal je kan...He commented that the food in Hyatt always taste the same year in and out....
My replied, doesnt matter but we still need to come every year for ramadan buffet...kalau tak hati ku tak tenang...i cant concentrate on things..serabut dlm kepala...kah..kah..kah...Canggih tak akak punya reply, adik adik????...
akak lah....the very the vass with my baby....kah..kah..kah...just ignore me...
Duan cakap ishhh jakun lah kau ni...but he still smiles, so ok lah tu!

Translation mode


Guys, we have the translation on our blog from Google. The line reads as follows "This page is in INDONESIAN. Translate it using Google Toolbar?" and at the far end right hand corner there is the Translate button.

I just dont understand the world ignorance or perhaps rejection on Bahasa Melayu...sad:(

Anyway, try it ...push the button......ENJOY!!!!!!!!!!!!!! You will get all sort of meaningless funny story ....

Buka Kedai Tutup Kedai

Hari ni Abang Ngah cuti lagi. Saje ambik cuti sempena cuti sekolah ni. Plan nak ke Jalan TAR shopping apa yang patut. Bersemangat memasing tolong buka Sogo pastu tolong tutup Isetan lak. Sale 1Malaysia. Tapi rasa macam kat Bandung lak sebab keluar masuk kedai je.

Kat Sogo Bonia ada buat happy hours. From 12pm-2pm...harga discount. EJ dok jadi PA mummy dia kesana sini dok carikan kasut kasut yang cantik pastu suakan kat mummy dia. Memang ada bakat shopping semula jadi ikut auntie dia yang kat Kuantan tu. Dah Ejin pun kata kaki diorang sebayakan. he he he.

Biler tengok Ej dok ke hulu kehilir risau lak dia hilang dalam orang ramai dok berlaga laga biler nak jalan tu. Kejap kejap jerit panggil nama dia pastu dia datang bawak kasut suruh mummy dia try. Mummy dia macam orang mengantuk di sorong bantal. Ikut je perintah anak dia. Pastu Ej siap gelak kan aku ha ha ha "daddy kena bayar banyak kasut untuk mummy", katanya.

Kesian punya pasal aku carikan kasut satu untuk EJ. La ni kalau nak cari kasut untuk dia kena pergi tempat adult sebab bahagian kanak kanak takde size untuk dia. Sabar je lah. Memang betul apa Ejin cakap tu. Lariiiii.
Ni muka senoneng sebab dia dah kepenatan jadi PA. Dok sibuk kata lapar lapar. Masa ni dok tunggu sale assistant tu ambik kan kasut untuk EJ. Mintak size 5, di ambiknya size 4. Pastu try saiz 5 kecik jugak...tu yang kena tunggu lagi diorang ambik size 6. Yes...budak kecik ni pakai size 6. Sabar je la. Siap dia happy kata..."yeah...boleh share kasut dengan mummy". Fid dengar je terkezut...dalam hati kata Habis lah kasut aku.

Penat punya pasal. Suruh senyum pun tak larat. Tapi yang sorang lagi tu mahunya tak senyum. Dapat shopping la katakan. Teringat kedai Donatello kat Bandung katanya.



Ini lah kasut EJ yang dok lama kami tunggu diorang pi ambik tu. Sebenarnya Ej minat kasut mummy dia tapi tak muat...try yang ni baru muat.

Lepas bayo pi tingkat 7 chop parking tiket pastu ambik paper beg dgn ang pau packet.


Dapat hadiah cap polo. Melaram terus.

Pastu baru perasan kat tingkat 7 ada day care untuk kids. Ej dok nyanyi kata nak masuk. Kami lak memang plan nak ke Ariani dgn Jln TAR. Terus approve bagi Ej masuk sini. Kalau tak kang bising dia dok nyanyi penat berjalan kat Jln TAR ru. Charge nya sejam Rm5. Tapi Sogo member dapat 1st hour free. EJ lepak 3 jam kat sini sementara kami dok ronda ronda kat Jalan TAR.

Seronok katanya. Ada TV, books and friends.

Lepas fetch Ej from Day care centre tu terus pi carikan dia baju kurung. Kat Jalan TAR tak jumpa yang berkenan. Sib baik dapat kat SOGO ni. Ni masa dok tunggu EJ try kat fitting room. Dia nak buat sendiri katanya. Tak nak mummy dia tolong.

Cantikkan baju ni tapi kecik lak. Takde size...so we bought her baju kurung ada sulam.


Dok frust sebab nak jugak baju ni walaupun kata takde size.

Pi cari baju kasual lak.

Best la shopping kat sogo ni. Macam macam ada. Mulanya ingat nak balik umah terus pastu singgah kat Bazar Ramadan. Tapi hujan lebat. Sah sah tak syok nak berjalan kat Bazar dalam hujan. So we decided tu berbuka kat KLCC food court. Pastu sambung lak shopping kat Isetan sampai waktu Isetan tutup. Again EJ dok jadi PA mummy dia pi carikan baju suakan kan mummy dia dok suruh try. Kelakar gak biler tgk baju yang dia bawak besar gedabak. Cam perli mummy dia je. Lariiiii. Puas hati EJ dgn Mummy dia dapat shopping. Tak yah pi Bandung susah susah je. Selamat duit Abang Ngah nak bayar tiket plan, hotel bagai. he he he

Thursday, August 27, 2009

Dating

Dah lama aku dgn fid tak berdating. Hari ni dapat chance...sebabnya EJ dah di post ke umah adik aku. Biler aku call nak ambik dia, katanya nak berbuka dengan cousins dia. Dah berdua tu aku ajak fid berbuka kat luar je. Dengan bantuan Mama Reen, aku dapat contact number Restoran Puteri kat Penchala link ni terus ku roger roger buat booking.

Selalu tengok kat paper je pasal restoran ni. Nak pergi tak tahu tempat. Lepas ada Duke Highway, senang sesangat nak ke Restoran ni rupanya.
One of the owners restoran ni, Rubiah Suparman. Untuk Readers blog canggih 3o something ni, kalau korang nak tahu dulu Kak Long ada masuk pertandingan kat TV3(Apa yek nama pertandingan tu?). Kak Long pilih to interview Puan Rubiah ni sebab Kak Long kata she is her Mentor untuk Lakonan. Akhirnya kak long as a protege terawal lak ikut bersara lepas mentor dia bersara. Cuma belum berniaga restoran je lagi kak long kita ni.


Pasangan remaja.

Kat luar restoran tu.

Restoran ni buat konsep gerai kat luarnya. Macam yang ni ada rojak buah, tauhu bakar dengan bihun goreng.

Yang ni kat dalam. Untuk dessert. Ada bubur caca, kueh mueh, pengat pisang, puding caramel, sago melaka dan lain lain.

Main table. Lauk Pauk kampung dengan nasi, ulam ulaman dan kerabu.

Hujung sekali tu gerai cendol/abc. Sebelahnya roti jala, murtabak dan roti canai.

Gerai ni lak ikan bakar, ayam bakar dan daging bakar.

sedap ke? tak terkata sedapnya.

Cendol. Ok la...walaupun tak leh lawan cendol jonker street.

Roti jala dengan murtabak. Abang Ngah suka bawang colour merah tu. Sape tahu camne nak buat bawang colour merah ni?


Sambal udang, ikan masin, gulai nangka yang sangat power, kerabu pucuk paku yang power jugak. ulam peria dan ayam masak kicap.

Ada gerai satu lagi, yong tau foo, soto dan laksa. Ingatkan Laksa penang, rupanya laksa Johor. Ntah, tak tahu nak komen laksa ni. Sebab kurang minat laksa johor ni.

Tauhu bakar dan rojak buah. Kuahnya sedap.

Daging Bakar dan Ayam Bakar bersama sosnya yang sangat terkenal. Memang dari dulu lagi kengkawan dok puji kuah kicap yang power ni. Masa tu makan kat restoran puteri kat Brickfield.

Caramel gula hangus, sago melaka dan kuah durian dengan pulut.

Makanan kat sini boleh di kategorikan sebagai sedap dan memuaskan. Paling da' bomb ialah ikan bakar dan daging bakar, gulai nangka dan kerabu pucuk paku. Boleh la kalau nak repeat lain kali biler sesekali teringin nak makan masakan melayu style kampung. Cuma frust sikit gulai lemak cili api daging salai takde. Yang ada ikan keli salai masak lemak cili api. Abang Ngah tak kawan ikan keli. Tu yang frust sikit tu.