Sunday, April 18, 2010

Hot Fm - Cabaran Sandwich Sedunia

Sabtu lepas, before bertolak balik ke PD...singgah Jusco Setiawangsa for lunch sambil saje je menyibuk look see look see event yang Hot FM anjurkan dengan Lady's Choice. Ada 2 team dok bersaing buat sandwich. Kami tak merasa pun sandwich yang diorang buat tu...malas nak berebut.
Orang takde la ramai sangat. Tu Fara Fauzana punya team yang baju warna biru...pengacara for the event...Kieran dengan Leya.
Team kuning...team Faizal Ismail


Selepas beberapa round bersaing...ada break...Black nyanyi 2 lagu...suara mantap.

Ej pulak beratur untuk face painting. Ada 3 orang yang dok lukis muka budak budak ni...mulanya Ej beratur kat paling tepi...dia lukis habis 1 muka...memang cun la...tapi jenuhnya nak tunggu. Sebab tak nak lambat balik ke PD...aku paksa Ej tukar beratur kat row tengah...paling laju...sebab dia paint sikit je. Tak penuh 1 muka.

Ej request nak rama rama.


Sambil tu...Layan Black tengah nyanyi.


Siap. Ej kureng puas hati...dia still dok ngomel kat row tepi tu lukis lagi cun.

Sib bail face painting ni untuk kids aje...kalau tak Fid pun beratur sama...lariksss.

Lepas tu...ajak makan kat teppanyaki...Ej tak nak...we went to BBq Chicken. Ej tetap dengan pol pop dia tu.


Free...sebab guna Hong Leong credit kat. Kalau opt for 15% discount...cuma untuk main dish aje...rugi.


Fid ordered Hot Hot drum...ayam tu bersalut cili sos korea yang sangat pedas dan mantap. Memang layann.
Lepas dah kenyang...event sandwich tu tak habis lagi...pastu ada Amy Mastura pulak nyanyi. Kami tak tunggu sebab dah lewat nak bertolak balik PD.
Sampai je PD...punya la panas tekak pun haus...terus singgah beli Coconut Shakes dengan Rojak Melaka. Both pun sedap.



Sebelum ni pernah minum coconut shakes ni kat Penang masa makan mee goreng sotong power tu. Yang kat PD ni...air kelapa, isi kelapa, ais dan ice cram vanila...di blend sekali. Satanemmmm.

4 comments:

Ejin said...

coconut shake tu nampak sedap!

fendifid said...

if you like vanilla ice cream..you would like the coconut shake tu.

Liz Duan said...

sapa menang fara ke fbi...seboks ekali kempen competition ni..

fendifid said...

fara kot